COMBO GENIUS ASAS MATEMATIK by Cikgu Hakim
Istiqamah
Sesetengah pendapat mengatakan, tabiat yang dibentuk mengambil masa 21 hari, sesetengahnya pula berkata 40 hari.
Namun, perkara yang dilakukan secara konsisten iaitu Istiqamah, InsyaAllah dapat menjadi tabiat. Kita secara semulajadi tidak berasa susah dan menyusahkan. InsyaAllah.
“Ya Allah, jadikan semua makhluk-makhluk ciptaanMu yang melewati laman blog ini, mendapat sebaik-baiknya manfaat, dan kurniakan setiap hajat mereka termasuk dalam isu kewangan, pendidikan yang sedang dihadapi oleh mereka.” Aamiin ya rabbal Allamin.
Perubahan Sifat
Perubahan diri manusia daripada sifat yang buruk kepada yang baik adalah bergantung kepada diri manusia itu sendiri. Kesedaran adalah nur yang dipancarkan kepada jiwa manusia supaya mudah-mudahan akan membawa anjakan perubahan dalam setiap perbuatannya.
Manusia dituntut melakukan penambaikan dalam diri dengan cara belajar, belajar dan belajar memperbaiki kelemahan diri. Semuanya terletak kepada diri sendiri sama ada inginkan kebaikan atau sebaliknya.
Firman Allah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah sikap jiwa mereka sendiri.” -ar-Raa’d : 11